30 December 2021

Aliff Syukri positif Covid-19 tahap tiga, mohon maaf takut umur tak panjang


Kuala Lumpur: "Kepada semua sahabat atau sesiapa saja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak," demikian kata usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukuri yang dijangkiti Covid-19 tahap tiga selepas pulang bercuti dari Turki.

Aliff, 34, yang kini dirawat di sebuah hospital berkata, doktor yang merawatnya mengesahkan dia terkena jangkitan tahap tiga yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan.

"Saya ditahan di wad untuk rawatan. Doakan saya cepat sembuh kerana saya dijangkiti Covid-19 tahap tiga membabitkan paru-paru saya. Maaf sekiranya pernah berkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, maaf sekiranya pernah termakan sengaja atau tidak.

"Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah SWT. Rasa lega dah mohon maaf dekat semua, takut umur tak panjang," katanya.

Perkongsian Aliff berkenaan perkara ini di Instagram mendapat hampir 50,000 tanda suka dan lebih 3,000 komen daripada pengikutnya.

Rata-ratanya mendoakan agar beliau segera sembuh.

Terdahulu, Aliff dan keluarga serta ibunya pergi bercuti ke Turki pada 15 Disember lalu dan pulang ke Malaysia, baru-baru ini.

Dalam pada itu, isterinya Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid pula menjalani kuarantin di rumah.

Sumber berita : Harian Metro

No comments:

Post a Comment