24 May 2018

Menteri Pendidikan Imamkan Solat Curi Tumpuan

Menteri Pendidikan yang baru dilantik, Dr Maszlee Malik mencuri tumpuan kakitangan kementerian apabila dilihat menjadi imam kepada kakitangan di surau kementerian berkenaan.

Memetik hantaran Facebook Khalifah Media Network, Maszlee dilihat menjadi imam solat Zohor dan tindakan itu nyata mengejutkan mereka.

“Saja nk share…harini kat surau tetibe Menteri Pendidikan turun mengimamkan solat zohor. Tkezut pegawai2.

“Selama ni even kppm (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia) pun xprnah turun surau tu…ni ttbe yb menteri…jd imam lgi…Alhamdulillah,” tulis Facebook berkenaan dengan memaparkan gambar Maszlee di hadapan saf.

Maszlee antara menteri yang menganggotai Kabinet terbaharu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14), 9 Mei lalu. - www.ekeleh.com

1 comment:

  1. pemimpin islam tugas utama bawa rakyat ke jalan syurga bukan neraka

    ReplyDelete