10 July 2017

Zambry nafi adik Ustaz Kazim mahu lompat parti

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menyangkal desas-desus Adun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Elias tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana mahu menyertai parti lain.

Sebaliknya kata Zambry beliau difahamkan wakil rakyat itu masih sayangkan Umno namun mahu bersara.

“Beliau tidak memaklumkan kepada saya secara rasmi, cuma beliau memikirkan masa untuk berkhidmat sudah sampai ke penghujungnya... seperti saya umumkan sebelum ini ada dalam kalangan Ahli Berhormat menyatakan hasrat untuk tidak bertanding,” katanya kepada pemberita selepas bersiaran secara langsung menerusi Radio PerakFM, di sini hari ini.

Ahmad Hasbullah juga adalah adik kepada pendakwah terkenal, Datuk Kazim Elias

Ditanya sama ada BN akan memujuk Ahmad Hasbullah agar mengubah keputusannya  memandangkan beliau calon popular, Zambry berkata, pihaknya akan menimbang perkara itu dari semua aspek.

“Saya tidak boleh komen kerana saya belum berjumpa dengan dia tetapi kita akan melihat dari semua aspek. Apa yang lebih penting ialah dia sudah menyatakan hasratnya dan kita berterima kasih atas perkara itu,” katanya.

Semalam, Ahmad Hasbullah, 51, menyatakan keputusannya untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kerana ingin memberi laluan kepada pemimpin baharu untuk bertanding.

Ahmad Hasbullah yang menyandang kerusi Dun Kubu Gajah sejak PRU-13 berkata, setakat ini beliau tidak mempunyai perancangan dan akan berehat seketika. - Bernama

2 comments:

  1. Silahkan di kunjungi ya kawan-kawan 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    Agen domino
    BandarQ
    Domino 99
    Domino QQ
    Agen Poker
    Bandar Poker
    Agen Judi
    hubungi kami di :
    Line : gunungpokercsr1
    Bbm : 56978317
    Wa : +6281272874416

    ReplyDelete
  2. Silahkan di kunjungi ya kawan-kawan 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    Agen Togel
    Agen Bola
    Agen Kasino
    Togel SGP
    Togel Hongkong
    Togel Sydney
    hubungi kami di :
    Line : togel118
    Bbm : D8AF7278
    Wa : +85592985834

    ReplyDelete