22 January 2017

'Saya dipukul tanpa belas kasihan'

KUALA LUMPUR - "Saya cuba bertanya kepada lelaki berkenaan siapa punya kereta berulang kali, sebaliknya lelaki itu bertanya pula kepada saya, ini lori siapa?



"Saya mengakui terlanggar kereta tersebut, tiba-tiba saya ditarik, ditumbuk serta ditentang. Saya tidak ingat berapa orang yang memukul," demikian cerita pemandu lori Nasrul Faiz Zul Fahmi, 25, yang cedera parah dipukul sekumpulan lelaki Sabtu lalu.

Nasrul Faiz, menceritakan detik-detik insiden itu dalam satu sidang media yang dianjurkan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), di Sungai Besi, hari ini.

Sabtu lepas, tersebar video berdurasi lima minit 39 saat, memaparkan seorang pemandu lori didakwa terlanggar kereta mewah Mercedes-Benz milik seorang ‘Datuk’ lalu dipukul di pekarangan sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Ampang Selangor.

 Katanya, dia tidak mengingati berapa jumlah individu yang mencederakan dirinya, malah mengetahui perkara tersebut selepas menonton melalui video yang dimuat naik di media sosial.

"Dia yang datang ke arah saya dulu, lepas tu dia angkat tangan terus pukul. Saya tak berkasar pun dengan dia"katanya.

Nasrul Faiz berkata, dia tidak mengenali siapa lelaki dan kumpulan individu yang memukulnya.

"Saya hanya tahu siapa mereka selepas bos beritahu yang mereka ni gengster besar,"katanya.

Dalam pada itu, Nasrul Faiz berkata dia tidak akan berhenti bekerja sebagai pemandu lori.
 "Rezeki luas, selagi ada rezeki saya akan terus bekerja, saya masih bujang, dan tinggal dengan keluarga di Kuala Lumpur.

"Namun amat merisaukan, soal keselamatan keluarga, memandangkan majikan saya juga telah menerima ugutan," katanya. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment