30 December 2016

Bapa dipenjara 80 tahun, 110 sebatan perkosa anak sendiri

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Seorang penjual buku agama tergamak menjadikan anaknya sebagai hamba seks, sehingga sanggup memukul remaja itu dengan tukul.

Bapa berusia 38 tahun itu merogol gadis berusia 16 tahun berulang kali di bilik sewanya di Lorong Haji Taib 1 di sini sejak 26 Ogos lalu, kata sumber polis.

Malah lelaki yang berasal dari Lundu, Sarawak turut didapati mencekik dan mengugut anaknya menggunakan pisau agar tidak menceritakan pencabulan tersebut.

Anaknya yang tiba di sini untuk meneruskan pelajaran dipaksa melakukan seks walau mangsa bergelut untuk melarikan diri.

“Suspek memukul lututnya dengan tukul, menampar, mencekik dan menendangnya sebelum meletakkan pisau di lehernya. Kami percaya dia buat begitu supaya anaknya menutup mulut.

“Anaknya bekerja di kedai borong berhampiran untuk mendapatkan wang saku.

“Dia tinggal hanya beberapa langkah dari balai polis Chow Kit tetapi mungkin terlalu takut untuk minta bantuan,” kata sumber.

Ketika serbuan pada Khamis lepas, anggota polis terpaksa memanjat melalui saluran udara sebelum memecah masuk ke bilik itu bagi mencari suspek dan anak perempuannya.

“Mangsa yang menangis, berlari dan memeluk seorang pegawai polis wanita yang menyertai serbuan itu. Dia mengalami lebam di dahinya dan luka di lehernya.”


- See more at: http://www.themalaymailonline.com/pr....9C0lfrEK.dpuf

Rogol anak perbuatan keji: Hakim

KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Sesyen menyifatkan tindakan seorang lelaki gelandangan merogol anak kandungnya berusia 16 tahun yang terpisah sejak bayi, selama 11 hari berturut-turut adalah satu perbuatan keji dan terkutuk.


Difahamkan, anak mangsa yang tinggal di Sarawak datang ke sini pada 26 Ogos lalu untuk berjumpa bapanya yang terpisah sejak mangsa dilahirkan.

Hakim Datin M Kunasundary berkata, tertuduh sepatutnya melindungi anaknya sendiri tetapi bertindak sebaliknya dengan merosakkan masa depan mangsa.

"Mahkamah tidak dapat membayangkan trauma dihadapi mangsa," katanya selepas menjatuhkan hukuman 80 tahun penjara dan 110 sebatan terhadap lelaki itu yang berusia 38 tahun.

Kunasundary berkata, mahkamah juga tidak dapat memaafkan apa yang dilakukan tertuduh dan berharap ia tidak dilakukan lelaki bergelar bapa atau sesiapa saja.

Dalam kes terbabit, tertuduh mengaku salah atas 11 pertuduhan rogol dan satu pertuduhan melakukan seks oral terhadap anaknya di antara 27 Ogos dan 7 September lalu di sebuah premis di Lorong Haji Taib, di sini, mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan.

Pertuduhan bagi seks oral pula adalah mengikut mengikut Seksyen 377C kanun sama dan sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara 20 tahun dan sebat.

Kunasundary memerintahkan tertuduh dihukum penjara 80 tahun dan 110 sebatan bagi 11 pertuduhan rogol serta satu pertuduhan seks oral.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


http://www.bharian.com.my/node/228606

No comments:

Post a Comment