LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

26 December 2016

Kapten lari tinggalkan rokok, arak

Admin | 9:26 AM |
PELABUHAN KLANG – Seorang kapten kapal bersama seorang krunya bertindak melarikan diri dan meninggalkan 37 buah kontena berisi rokok serta minuman keras bernilai lebih RM10 juta dalam satu serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor di Jeti Bukit Gombak, Pulau Carey di sini Jumaat lalu.
Kapal Prelude Port Smouth itu yang kononnya dalam perjalanan dari Indonesia ke Filipina ditahan pasukan khas Kastam kerana menyeludup barangan tanpa mendapat kelulusan Kastam pada pukul 2.30 petang selepas melakukan risikan.

Kesemua rokok dan minuman keras itu dianggarkan bernilai kira-kira RM10 juta manakala cukainya berjumlah antara RM60 hingga RM70 juta.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Pematuhan), Datuk T. Subromaniam berkata, operasi itu dilakukan setelah pihaknya curiga dengan hasil pemeriksaan ke atas kapal terbabit sebelum menemui 37 kontena berisi rokok dan minuman keras yang bernilai lebih RM10 juta. - Kosmo

No comments :

Post a Comment