26 December 2016

Israel henti pembiayaan kepada agensi PBB susulan resolusi Majlis Keselamatan

BAITULMUQADDIS: Israel telah membatalkan sumbangan dana bernilai jutaan dolar kepada beberapa badan yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai manifestasi terhadap tindakan Majlis Keselamatan badan itu yang meluluskan resolusi mengenai pembinaan penempatan haram Israel.
Dalam ucapan kepada rakyat Israel, perdana menteri Benjamin Netanyahu telah mengarahkan Kementerian Luar untuk melengkapkan penilaian semula hubungannya termasuk pembiayaan kepada PBB.

"Saya sudah arahkan Kementerian Luar menghentikan pembiayaan kira-kira 30 juta shekel (US$7.8 juta) yang membabitkan lima institusi di PBB, lima badan terutamanya yang memusuhi Israel, dan akan menghentikan beberapa pembiayaan lain," kata Netanyahu.

Sebelum ini, Netanyahu berang dengan tindakan Presiden AS Barack Obama yang mengambil keputusan berkecuali tanpa memveto resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin.

Resolusi itu menuntut agar Israel "dengan segera dan sepenuhnya menghentikan semua aktiviti penempatan dalam wilayah Palestin, termasuk di Baitulmuqaddis Timur."

Lapan belas anggota UNSC - termasuk empat anggota tetap iaitu China, Perancis, Rusia dan United Kingdom - mengundi memihak kepada resolusi itu manakala Amerika Syarikat tidak mengundi dan Israel mengundi menentangnya. - Astro

No comments:

Post a Comment