28 August 2016

Kerajaan India dijangka dakwa Zakir Naik

NEW DELHI: India dijangka mengenakan dakwaan keganasan terhadap pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik, selain mengisytiharkan Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) yang diasaskan beliau sebagai pertubuhan 'haram.'

Remaja 18 tahun nikah janda anak 5 jadi viral

KUALA PENYU: "Sudah suka sama suka, biarkanlah...doakan mereka bahagia," kata Matalin Utam, 52, bapa remaja lelaki yang berkahwin dengan ibu tunggal anak lima berusia 42 tahun, Selasa lalu.

Pernikahan pasangan itu menjadi viral di laman sosial berikutan remaja lelaki berkenaan, Mohd Sufie, baru berusia 18 tahun manakala isterinya, Dayang Sopiah Gusti, 24 tahun lebih tua.

Hina polis: Penceramah bebas didenda RM7,000

BALIK PULAU - Seorang penceramah bebas didenda RM7,000 selepas mengaku bersalah membuat tohmahan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Tertuduh, Nahar Afandi Ghazali, 44 dari Kampung Melayu Rasa, Selangor mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati di Mahkamah Majistret Balik Pulau tadi.

Nur Azzuin menjatuhkan hukuman itu selepas mendengar rayuan dan hujah dari kedua-dua pihak.

"Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM7,000 kepada tertuduh, jika gagal bayar, dia boleh dipenjara selama 30 hari," katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu ketika mengadakan kuliah Subuh di Masjid Jamek Sungai Tiram, Bayan Lepas pada 20 Februari lalu diantara jam 6.40 hingga 7.40 pagi.

Tertuduh yang ditemani isterinya didakwa membuat tohmahan terhadap pasukan PDRM dengan bermaksud hendak merosakkan nama baik PDRM.

Menurut fakta kes, antara tohmahan yang dibuat tertuduh adalah: "roadblock polis tidak payah, polis bodoh hari Jumaat buat speed trap (perangkap had laju), bodoh punya polis trafik. Polis trafik bodoh hari Jumaat engkau boleh jaga negara, tidak sembahyang Jumaat jika ada rasuah, jika ada benda yang mengganggu ketenteraman negara. Jika sebab saja-saja nak buat roadblock, haram gaji pada hari itu. Jangan jadi bahalol sebab bagi anak bini makan duit haram".

Oleh itu, tertuduh yang memakai jubah berwarna kelabu dan berserban didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Ia memperuntukkan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan dibacakan Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang, Datuk Razali Che Ani yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman bersifat deteren kerana kesalahan tertuduh bersifat kepentingan awam.

Dalam hujahnya, Razali berkata, tohmahan yang dibuat tertuduh bukan dibuat ke atas individu sebaliknya ke atas pasukan beruniform yang menjaga keamanan seluruh negara.

"Walaupun tertuduh mengaku bersalah, namun saya memohon hukuman berat ke atas tertuduh. Ini kerana, PDRM adalah agensi utama yang bukan sahaja menjaga keselamatan seluruh rakyat Malaysia malah keselamatan tertuduh juga.

"Saya memohon hukuman deteren bagi menghalang tertuduh mengulangi kesalahan sama dan orang lain melakukan kesalahan seperti yang dilakukan tertuduh.

"Dalam fakta kes jelas tertuduh membuat tohmahan ketika berceramah di hadapan orang ramai selain ia dimuat naik ke dalam Youtube. Video berdurasi 1.06 minit itu telah ditonton oleh seluruh negara.

"Sehubungan dengan itu, saya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh," katanya.

Sementara itu, Nahar melalui peguamnya dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Norliza Mohd Ali memohon hukuman dikurangkan kerana tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Saya mewakili anak guam saya merayu hukuman diringankan kerana dia perlu menanggung 10 anak dan isterinya tidak bekerja. Dia hanya penceramah bebas dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Anak guam saya juga menyesali dengan perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Dia memohon maaf di atas kesalahannya itu," katanya. - SH

26 August 2016

Polis Scotland lulus hijab sebahagian daripada seragam rasmi anggota polis

Perancis mencetuskan kontroversi dengan pengharaman pakaian renang wanita Muslimah Burkini pada awal minggu ini.

Namun lain pula cerita di Scotland apabila hijab akan menjadi sebagian daripada pakaian seragam polis di negara itu.

Memetik laporan The Independent, langkah ini diambil agar lebih wanita beragama Islam akan lebih terbuka untuk memilih menjadi anggota polis sebagai kerjaya.

Ia juga sebagai usaha untuk menggalakkan kepelbagaian budaya dalam pasukan polis.

“Seperti majikan lain, terutama dalam sektor awam, kami sedang berusaha ke arah memastikan perkhidmatan kami mewakil komuniti kami.

“Saya berharap dengan tambahan kepada pilihan seragam kami, ia akan akan menyumbang kepada kepelbagaian budaya dikalangan kakitangan kami,” kata ketua konstabel Phil Gormley.

Sebelum ini, tiada halangan untuk polis wanita Islam memakai hijab cuma ia memerlukan kelulusan pegawai kanan.
Sementara itu, langkah ini mendapat reaksi positif netizen.

Mereka turut membuat perbandingan tentang situasi di Perancis dan Scotland. - Astro

Wanita Muslim dipaksa buka baju renang

NICE - PERANCIS. Polis di Perancis bertindak memaksa seorang wanita menanggalkan pakaian dipakainya di kawasan pantai dengan disaksikan pengunjung lain yang turut berada di kawasan tersebut ketika itu.

Memetik laporan Dailymail, empat pegawai polis kelihatan membuat rondaan dengan cota dan penyembur air lada di pantai Promenade des Anglais di Nice.

Wanita itu dirakam sedang berbaring seorang diri dengan baju berwarna biru dan skaf rambut warna sama sebelum dihampiri empat pegawai polis.

Wanita itu dikenakan saman selepas dipaksa menanggalkan pakaian luarannya dan hanya meninggalkan pakaian dalamnya sahaja.

Perkara sama menimpa seorang ibu muda di pantai di Cannes gara-gara memakai tudung dan baju renang muslimah.

Polis dikatakan telah mengacukan penyembur air lada itu ke wajah wanita berusia 34 tahun itu sebelum memberi amaran tentang undang-undang larangan pemakaian baju renang muslimah.

Beberapa hari sebelum kejadian itu pula, empat wanita disaman gara-gara memakai burkini di pantai dekat Cannes.

Melalui rakaman sebuah klip video, polis kelihatan menanti wanita tersebut keluar dari pantai sebelum memberi amaran dan mengeluarkan saman.

Namun rata-rata wanita yang dikenakan saman tidak menutup wajah sebaliknya memakai tudung yang menutup kepala dan baju yang menutup aurat.

Menurut seorang wartawan France 4 TV, Mathilde Cusin yang menyaksikan kejadian menimpa seorang wanita Muslim bernama Siam berkata orang ramai mula menjerit kepada wanita tersebut agar dia balik rumah kerana kehadirannya tidak dialu-alukan di situ.

“Ia agak kasar. Saya lihat wanita itu terduduk di tanah dan menangis bersama anak perempuannya,” katanya.

Sebelum ini, Perancis mengenakan larangan ke atas pemakaian pakaian renang Muslimah burkini di pantai awam dengan alasan menyembunyikan wajah atau memakai kostum menutup seluruh tubuh ke pantai kononnya tidak selaras dengan ideal hubungan sosial.

Difahamkan, 15 bandar di tenggara dan kawasan lain di negara itu telah menguatkuasakan larangan itu termasuk Cannes, di mana tiga wanita masing-masing didenda 38 euro (RM172) kerana melanggar peraturan tersebut. - SH