26 August 2016

Polis Scotland lulus hijab sebahagian daripada seragam rasmi anggota polis

Perancis mencetuskan kontroversi dengan pengharaman pakaian renang wanita Muslimah Burkini pada awal minggu ini.

Namun lain pula cerita di Scotland apabila hijab akan menjadi sebagian daripada pakaian seragam polis di negara itu.

Memetik laporan The Independent, langkah ini diambil agar lebih wanita beragama Islam akan lebih terbuka untuk memilih menjadi anggota polis sebagai kerjaya.

Ia juga sebagai usaha untuk menggalakkan kepelbagaian budaya dalam pasukan polis.

“Seperti majikan lain, terutama dalam sektor awam, kami sedang berusaha ke arah memastikan perkhidmatan kami mewakil komuniti kami.

“Saya berharap dengan tambahan kepada pilihan seragam kami, ia akan akan menyumbang kepada kepelbagaian budaya dikalangan kakitangan kami,” kata ketua konstabel Phil Gormley.

Sebelum ini, tiada halangan untuk polis wanita Islam memakai hijab cuma ia memerlukan kelulusan pegawai kanan.
Sementara itu, langkah ini mendapat reaksi positif netizen.

Mereka turut membuat perbandingan tentang situasi di Perancis dan Scotland. - Astro

No comments:

Post a Comment