23 December 2015

Zuhdi: Tidak perlu ungkit dosa lampau Umno

PAS wajar membuka lembaran baru bersama Umno bagi mewujudkan kerjasama berkaitan perkara ketakwaan dan kebaikan, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Kerjasama itu, katanya bukan bermaksud parti Islam itu bergabung dengan Umno, sebaliknya untuk menegakkan dan mempertahankan Islam demi kebaikan rakyat dan negara.
Jelasnya, dalam perkara yang mengancam Islam dan merugikan rakyat serta negara, menjadi kewajipan PAS mencegah perkara itu termasuk membetulkan Umno sebagai parti pemerintah.
“Sekiranya generasi pemimpin dan ahli Umno hari ini mahu merapatkan hubungan persaudaraan Islam, maka adakah perlu diungkit segala dosa dan kesalahan lampau yang bukan dilakukan mereka,” katanya seperti dilapor akhbar Berita Harian hari ini.
Zuhdi berkata demikian mengulas kesediaan PAS memaafkan dan melupakan kesalahan Umno yang lalu.
Sebelum ini Setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilapor berkata parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.
Malah, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata tindakan memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti Islam itu.
Sementara itu, Zuhdi mengakui bahawa hubungan Umno dan PAS satu ketika dahulu meruncing sehingga berlaku beberapa peristiwa yang tidak diingini.
Namun katanya, ada kalangan pemimpin itu telah lama meninggal dunia dan sekiranya masih hidup, mereka bukan lagi pemimpin yang menggerakkan Umno.
“Kita serah lah kepada Allah untuk mengadili seadilnya pemimpin dahulu pada hari akhirat kelak," katanya. - Mkini

3 comments:

  1. guna kepala lutut?
    bukan sahaja UMNO melakukan dosa pada PAS dan Ahlinya di zaman lampau, bahkan di zaman najib dan yang baru-baru berlaku pun ada.
    Kalau kau nak masuk UMNO, masuklah segera.
    Kami penyokong TGNA mendoakan kau dan setiausaha Agong PAS disegerakan meninggalkan PAS dan masuk UMNO.
    Amiiiin Ya Allah!.

    ReplyDelete
  2. Weii Zuhdi. Hang nak joint dgn umno hang pi sorang2 la. Tak payah ajak parti. Mangkok hayun punya samdol. Kasi rosak pas saja

    ReplyDelete
  3. Saya lagi suka hj hadi dan zuhdi masuk umno. Dia org ni bapak barua dan bapak parasit dlm pas

    ReplyDelete