KUALA LUMPUR 30 Okt. – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan
Sri Tony Fernandes dilaporkan sudah mula mengadakan perbincangan bersama
pihak bank bagi mengambil alih syarikat penerbangan tambang murah itu
pada nilai AS$200 juta (RM853 juta).
Menurut laporan Reuters, perkara berkenaan ekoran harga saham syarikat penerbangan berkenaan yang dikatakan telah jatuh merudum.
Selain itu, usahawan dan rakan kongsi perniagaan beliau, Datuk Kamarudin
Meranun yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Berhad
(AirAsia X), turut dilaporkan meminjam wang ke atas 19 peratus pegangan
tidak langsung mereka dalam AirAsia daripada Credit Suisse dan CIMB Bank
(CIMB) untuk membantu dana usaha niaga swasta terbabit.
Jelas laporan itu, kejatuhan dalam harga saham AirAsia telah membawa
kepada pelanggaran syarat-syarat cagaran pinjaman dan menurut dua
sumber, ia adalah salah satu sebab mengapa kedua-dua ahli perniagaan
tersebut memulakan rundingan kepada pembelian kuasa pengurusan.
Dalam pada itu, ketika dihubungi, jurucakap AirAsia menolak untuk
memberi sebarang komen berkaitan hal itu malah menurut Reuters,
Fernandes dan Kamarudin pula tidak membalas emel yang dihantar bagi
mendapatkan penjelasan.
Kewujudan pinjaman berkenaan yang tidak pernah didedahkan kepada umum
adalah disebabkan transaksi yang bersifat peribadi mula menunjukkan
sedikit sebanyak hala tuju serta masa depan syarikat penerbangan
berkenaan yang juga merupakan pelanggan utama kepada Airbus di Asia kini
terikat kepada pelaburan lain daripada pengasasnya, jelas laporan itu.
Malah mengikut dua sumber yang mempunyai pengetahuan berkaitan situasi
itu, pinjaman telah dilakukan bagi membantu membiayai pembelian pada
tahun 2011 oleh syarikat induk Fernandes iaitu Tune Group.
Untuk pinjaman saham yang disokong ia merupakan perkara biasa yang
berlaku dalam kalangan hartawan di rantau ini, memerlukan sejumlah besar
cagaran kerana mereka tertakluk kepada turun naik pasaran saham dan ia
adalah situasi yang kurang jelas sekiranya Fernandes dan rakan
perniagaannya telah meminta untuk pinjaman yang segera secara rasmi.
Namun begitu, tiada bukti mengatakan sama ada Fernandes atau Kamarudin
yang telah memulakan empayar perniagaan yang dianggarkan bernilai
melebihi nilai pinjaman saham yang disokong itu dan tidak berkemampuan
untuk membayar kembali wang pinjaman itu.
Sementara itu, jurucakap Credit Suisse yang berpangkalan di Hong Kong
serta CIMB turut menolak untuk memberikan maklum balas ataupun komen. –
AGENSI
No comments:
Post a Comment