06 October 2015

Chua: Ling gesa PM undur kerana kes PKFZ

Tun Dr Ling Liong Sik ada sebab untuk menyokong gesaan supaya perdana menteri berundur, kata seorang lagi bekas presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek.


“Sebagai ahli politik veteran, Ling berhak beri pandangan. Saya boleh faham kenapa semua ini timbul. Dia tidak puas hati kerana didakwa,” kata Chua.

Chua merujuk kepada kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ling, bekas menteri pengangkutan, didakwa pada 2010 – tahun Najib menjadi perdana menteri – atas dakwaan memperdaya kerajaan.
Beliau dibebaskan pada 2013.

Chua berkata Ling tidak boleh menafikan bahawa keterangan Mahathir dalam kes itu membantunya selamat dan dibebaskan.
“Tambahan pula, mengambil kira hubungan lama Ling dan Mahathir, dia (Ling) lebih terhubung budi pada Mahathir berbanding Najib.

“Dan apabila Mahathir mahu menjatuhkan Najib, Ling akan cuba membantunya,” kata Chua.
Ling pada 3 Oktober menyambut gesaan Mahathir, bekas ketuanya dalam kabinet, supaya Najib meletakkan jawatan kerana "mengambil duit orang lain" dan memasukkannya ke akaun peribadi.

Dua hari kemudian, Najib menuntut bekas Ling menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah itu.

Surat tuntutan itu dihantar kepada Ling, yang turut menuntut ganti rugi berikutan artikel dalam The Malay Mail Online bertajuk “MCA's Liong Sik joins call for Najib's ouster for allegedly putting people's money in his own pocket” pada 3 Oktober.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Ling mempunyai tujuh hari untuk menjawab tuntutan itu atau menghadapi tindakan undang-undang kerana didakwa mencemarkan reputasi perdana menteri. - Mkini

No comments:

Post a Comment