06 October 2015

Anggota komando didakwa miliki penerbitan berkaitan IS


MELAKA - Seorang anggota komando dari Kem Rejimen 21 Komando, Sungai Udang di sini didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki item penerbitan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS, pada Ogos lepas.


Tertuduh Muhammad Adibzakir Zahri, 28, berasal dari Alor Setar, Kedah menganggukkan kepala tanda memahami pertuduhan yang dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik.

Muhammad Adibzakir didakwa memiliki item iaitu penerbitan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas militan IS di Balai Polis Sungai Udang di sini pada 8.50 pagi, 19 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucuthak mana-mana item terbabit, jika sabit kesalahan.

Mohd Asri menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes dan permohonan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

No comments:

Post a Comment