30 September 2015

Pembesar suara masjid di Pulau Pinang hanya dibenar untuk azan sahaja

Butterworth: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang Julai lalu memutuskan bahawa pembesar suara di luar masjid dan surau hanya dibenarkan bagi kegunaan azan dan iqamah saja.


Mesyuarat berkenaan juga bersetuju agar 'irsyad' hukum yang diputuskan jawatankuasa itu pada 7 April 2011 mengenai larangan membaca al-Quran sebelum waktu Subuh dengan pembesar suara perlu ditambah baik.

Penambahbaikkan itu termasuk dengan memasukkan larangan bagi semua profram di masjid dan surau seperti qiamullail,tahajjud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Berdasarkan minit mesyuarat berkenaan, penggunaan pembesar suara dalaman saja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau di negeri ini.

Arahan berkenaan juga sudah dimaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bagi tindakan selanjutnya berdasarkan salinan surat yang dihantar oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang kepada JHEAIPP bertarikh 1 September lalu.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor ketika dihubungi berkata, keputusan itu dipersetujui sebulat suara berdasarkan kepada beberapa pertimbangan terutama untuk memelihara imej agama Islam sebagai rahmatan lil 'alamin dan agama yg mementingkan kesejahteraan hidup untuk individu dan masyarakat.

"Keputusan ini tidak menjejaskan kesucian dan syi'ar agama Islam, malah sebaliknya selaras dengan nas-nas al-Qur'an dan al-Sunnah. Sebagai contoh, al-Qur'an memerintahkan umat Islam berzikir dan berdo'a dengan khusuk dan merendahkan suara," katanya. - HMetro

2 comments:

  1. setuju...ikut syariat bukan ikut nafsu..............

    ReplyDelete
  2. sesetengah ajk masjid/surau dan individu pantang dapat microphone, nak dipasang full blast ke luar masjid tak kira waktu. ini ajaran nabi ka, ikut syariat ka? ramadan lepas ada sorang mamat dok tadarus hingga hampir satu pagi dgn microphon dipasang buat seluruh kampung dengar. ada sorang imam skrg ni dikampung sama waktu maghrib dan isya dia jd imam bukan utk jemaah masjid tp seluruh kampung boleh ikut krn pasang micropon luar bergegar bunyi bacaan. tak takut jd riak ka. riak tu syirik kecil. satu lg jika nak qiamullail tak perlu nak pasang kuat malam buta, ganggu org tidor. tlg hati2 sikit guna micropon luar, nanti bukan pahala yg dapat tp dosa krg menganggu ketenteraman org ramai. ramai org rasa terganggu tp tak berani tegur krn ingat amalan2 yg sy sebut tadi ikut syariat

    ReplyDelete