09 September 2015

Pas Selangor tetap akan bersama PR

KAJANG – “Pas Selangor tetap bersama Pakatan Rakyat (PR) dan kerjasama masih terus berjalan...yang putus hanya hubungan politik,” demikian ulas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abd Samad.


Tegasnya, Pas Pusat yang mengeluarkan arahan supaya Pas Selangor meneruskan hubungan dalam kerajaan negeri.

Hubungan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam semua peringkat termasuk  Exco, Adun, ahli majlis dan ketua kampung semuanya masih berjalan seperti biasa.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, PKR tetap akan meneruskan kerjasama dengan Pas.

Menurutnya, apa disuarakannya itu bukan pendirian peribadi tetapi pendirian parti seperti diputuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan bahawa DAP tidak akan berbuat baik dengan Pas buat masa ini. - SH

No comments:

Post a Comment