Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima
sambutan hangat ketika hadir ke mesyuarat agung tahunan Umno bahagian
Kluang, berbeza dengan mood di Seremban dan Kota Melaka semalam.
Muhyiddin, yang digugurkan sebagai timbalan presiden Umno dipercayai
kritikan berhubung isu 1MDB, dijadual berucap kepada 400 orang
perwakilan.
Mesyuarat pula dijangka panas apabila terdapat usul menuntut penjelasan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan skandal
terhadapnya, termasuk isu 1MDB dan pembunuhan Altantuya Shaariibu.
“Isu itu masih menjadi persoalan termasuk siapa yang memberi arahan
kepada Sirul Umar Azhar,” menurut usul yang diterima media itu.
"Sebagai pengawal peribadi YAB Datuk Seri Najib, dakwaan Sirul perlu
disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Ini adalah nyawa
manusia, amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.” - Mkini
No comments:
Post a Comment