03 August 2015

Pas: Tukar pemimpin tidak selesai masalah

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan masalah sama tetap akan berulang dalam pemerintahan negara meskipun pemimpinnya ditukar jika corak pemerintahannya tidak berlandaskan Islam.
Menurutnya, di negara ini apabila pemimpin negara menimbulkan masalah mereka akan ditukar namun penyelewengan sama tetap berlaku selepas itu.

“Sudah banyak masalah yang kita alami sebelum ini tapi memang kita ini betul ‘Melayu mudah lupa’. Kita ingat yang baharu sahaja. Bila mari (datang) masalah, tukar perdana menteri, mari masalah pecat timbalan perdana menteri. Lepas satu satu. Masalah tak selesai.

“Lantik yang baharu, masalahnya itu juga (berulang). Sebabnya kita tak kembali kepada Islam. (Sepatutnya) selesaikan masalah dengan Islam,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan Pas Wilayah Persekutuan (Pihak 4.0), di sini, malam tadi.

Pas turut bersedia menyokong pemerintah sekarang sekiranya mereka kembali kepada Islam.

Kita nasihatkan menteri-menteri sekarang segera kembali kepada Islam. Kita setuju…sokong kalau dia (menteri) kembali kepada Islam.

“Kita tidak berebut jawatan. Tapi jika tidak kembali kepada Islam, kita lawan habis-habisan. Ini tanggungjawab kita (Pas),” katanya.
 
Tegasnya lagi, Pas hanya mahu menunaikan amanah dengan cara Islam oleh itu, Abdul Hadi menyerahkan keputusan kepada rakyat untuk menentukan.
 
“Pas tidak berebut jawatan perdana menteri. Pas tidak berebut jawatan jadi ketua kerajaan. Pas tak berebut jawatan menteri Kabinet. Acapkali dah orang tawar…Pas tidak berebut jawatan ini.
 
“Pas mahu tunaikan amanah dengan betul mengikut Islam. Terpulang kepada rakyat, nak pilih siapa. Kalau rakyat rasa amanah sudah hilang dengan pemerintah, yang ada…pilih Pas. Terpulang pada mereka (rakyat),” katanya.
 
Katanya lagi, orang bukan Islam tidak perlu takut dengan pemerintahan mengikut jalan Islam kerana ia merupakan pemerintahan yang adil.
 
“Kita anggap pemerintahan negara adalah amanah dan orang-orang yang bukan Islam, jangan taut dengan Islam. Islam bukan hanya agama. Dalam Islam terkandung semua perkara termasuk pemerintahan negara. Kita tidak paksa mereka masuk Islam.
 
“Dalam sejarahnya, ramai orang Islam dan yang bukan berada di bawah pemerintahan Islam. Mereka rela berada di bawah pemerintahan Islam. Pemerintahan yang adil,” katanya. - SH

Tak nampak pun lawan habis-habisan sekarang ini. Adakah PAS anggap UmnoBN sudah kembali kepada Islam?

5 comments:

  1. Bodo' presideng ni........tukar tanpa ambil tindakan mendakwa.?........bukang cara islang......mung cakap hudud2, mung pong bengong..........join ameno je lo! Ampaih!

    ReplyDelete
  2. Statement bengong dan tolol Presideng cap ayam.

    ReplyDelete
  3. Begitulah pemikiran seorang presiden parti yang mendakwa keahlian pengikutnya hampir dua juta orang yang hampir tengelam dengan masaalah kepimpinan pun mahu disokong untuk kepentingan.

    ReplyDelete
  4. Betul. Bila tukar pemimpin masaalah tetap ada. Contoh klasik ialah PAS sendiri!! Bila ramai pemimpin-pemimpin yang dipanggil jebon disingkir, PAS jadi huru-hara. Pemimpin-pemimpin yang tinggal sama ada baru atau lama pulak ramai yang bingai, goblok dan pandir. Abih canno???

    ReplyDelete
  5. Lembab dlm sisah politik si hady nih ghupanya > SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
    2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
    4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
    6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
    7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
    8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
    13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    ReplyDelete