PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) mengesahkan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke
dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan
penderma.
SPRM menerusi kenyataan medianya berkata, laporan hasil siasatan
berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam
Negara.
"Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa
dimasukkan ke dalam akaun milik perdana menteri adalah sumbangan
penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.
"Bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan,"katanya.
SPRM sekali lagi memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional.
"Mengenai siasatan polis ke atas pegawai-pegawai SPRM, SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya.
"Tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan," katanya. - SH
Perlu tahu sumber dan tujuan penderma kerana jumlahnya terlalu banyak.
No comments:
Post a Comment