11 August 2015

Amalan biasa simpan wang dalam akaun parti

KUALA LUMPUR - Menjadi amalan biasa bagi pemimpin politik untuk menyimpan wang dalam akaun amanah bagi partinya, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Ya, (amalan biasa) dalam mana-mana parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Oval Damansara di sini, hari ini ketika ditanya mengenai sumbangan derma dalam akaun amanah Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Umno.

Beliau berkata, pihak yang membuat dakwaan berhubung amalan ini hanya cuba untuk melemahkan Umno.

Tengku Adnan berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap perdana menteri dan presiden Umno itu cuma "permainan politik untuk melemahkan parti".

"Umno ialah parti berusia 69 tahun dengan 3.7 juta anggota yang telah menghadapi pelbagai cabaran dan masih berdiri teguh.

"Kami tahu bahawa sesetengah pihak mahu kami gagal. Kami akan memastikan bahawa, apa sahaja yang patut dilakukan, kami akan melakukannya dengan betul, demi negara dan melakukannya untuk masa depan negara kita," katanya. - Bernama

4 comments:

  1. Yang aku tahu kalau akaun amanah parti selalunya memerlukan 3 orang, kebiasaan Ketua Cawangan, Bendahari dan Setiausaha..... tak tahulah pula akaun amanah boleh pakai nama Najib seorang... betul ke itu akaun amanah ke, atau akaun tidak amanah?

    Malang sungguh ahli-ahli UMNO, terpaksa menggunakan modus operandi parti untuk membersihkan dan menghalalkan jenayah pemimpinnya.

    ReplyDelete
  2. Masuk akaun sendiri maknanya masuk poket sendiri..tu pun x tau ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andai kata semasa 2.6 billion ada dalam akaun najib... tiba2 dia kiok... habis difaraid oleh keluarga najib sahajalah nampaknya.... umno boleh tengok sajalah nampaknya.

      Delete
  3. akaun amanah kepala bapak!!!.. Timbalan Presiden tak tau.. naib tak tau.. cuba SU UMNO keluarkan bukti bertulis?.. ada beranii?..

    ReplyDelete