07 August 2015

1MDB: Najib sudah jawab 48 kali


SEREMBAN - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kesal dengan sikap orang ramai yang masih menganggap, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak belum menjawab persoalan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Perdana Menteri sudah 48 kali menjawab isu 1MDB tapi orang ramai masih mainkan isu ini.
“Tetapi isu dikaitkan dengan penyelewengan sudah tentu Perdana Menteri tidak boleh jawab dan menyerahkan kepada PAC dan pihak berkuasa untuk menyiasat,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya bersama Jasa Negeri Sembilan di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengarah Jasa negeri, Mustafa Nagoor.
Menurutnya, Jasa akan mengedarkan buku bagi menjawab segala persoalan tentang 1MDB dalam masa terdekat.

“Sebelum ini, kita sudah edarkan buku 22 Jawapan Najib Razak pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Seremban yang diadakan baru-baru ini.
“Sekarang kita sudah kumpulkan soalan dibangkitkan Tun Mahathir, Sarawak Report dan isu yang dimaikan portal seperti Malaysian Insider dan Malaysia Kini.

“Kita sudah sediakan jawapan kepada soalan ini berdasarkan jawapan yang diberikan Perdana Menteri dan dari laman web 1MDB,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, buku tersebut sudah siap dan sudah diserahkan kepada Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk tujuan kemas kini.

“Kita telah serahkan buku kepada Arul Kanda untuk kukuhkan jawapan sebelum mengedarkannya kepada orang ramai dalam masa seminggu lagi,” katanya. - SH

5 comments:

  1. Kalau kencing satu dunia tau kencing.........yg ganggu sprm buat kerja tu apa jadah nya? Adakah kerana sprm menahan 3,4 empat ekor pengarah 1mdb? Menteri cap ayam betul lah kabinet najib ni!

    ReplyDelete
  2. Masuth ialah nama iblis yang ditugaskan menggoda manusia agar mencampuradukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah

    ReplyDelete
  3. rakyat tanya 48juta kali...jawab 48kali x cukup syeikh...campur luar negara lagi mungkin 48bilion kali org tya

    ReplyDelete
  4. Mengapa sampai 48x najib menjawab? mengapa tidak hanya sekali sahaja Sekiranya jawapanya benar dan tepat,seluruh dunia akan mempercayainya.tetapi pelik dan heran sehingga 48x tetapi rakyat tak percaya ,yang percaynya ialah pengmpu,pembodek,penjilat ,penjual maruah dan sebahgian rakyat yang tak pandai maklumat.termasuk orang yang bangang seperti seorang ada pangkat datuk ,Dr lagi .pui

    ReplyDelete