Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
mengarahkan rawatan wajar diberikan terhadap bekas ketua pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang merengkok di Penjara Sungai Buloh.
“Saya ambil maklum kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya mahu
pihak berkenaan memastikan beliau menerima rawatan sewajarnya,” kata
Najib di Twintter hari ini.
Peguam Anwar hari ini menggesa pihak berkuasa untuk mengeluarkan bekas
ketua umum PKR itu bawah tahanan rumah bagi membolehkannya mendapat
rawatan kesihatan.
Sivarasa Rasiah dan Jared Genser berkata kesihatan Anwar semakin teruk
dan amat membimbangkan setelah susut berat badan 6 kilogram.
Mereka juga berkata terdapat ketumbuhan 4cm di buah pinggang Anwar, otot bahunya terkoyak serta masalah artritis kronik.
Perkara itu disimpulkan mereka selepas Anwar dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur dua hari pada 2 Jun lalu.
Peguam Anwar berkata keadaan panas dan lembab dengan pengudaraan minimum memburukkan lagi masalah kesihatannya.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan
kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan oleh mahkamah.- Malaysiakini
No comments:
Post a Comment