04 July 2015

Pemandu teksi Malaysia paling teruk di dunia

KUALA LUMPUR - ‎ Tinjuan sebuah laman Web Brtisih telah menyenaraikan Malaysia antara 10 buah negara yang mempunyai pemandu teksi paling teruk didunia.

Menerusi hasil dapatan tinjuan laman web LondonCabs.co.uk, menyenaraikan beberapa keburukan pemandu teksi Malaysia khususnya di Bandar Metropolitan Kuala Lumpur antaranya ialah mengenakan caj berlebihan kepada penumpang, tidak menggunakan meter selain kenderaan berkenaan buruk dan lama.

Manakala pemandu teksi di Rome, Itali menduduki tempat kedua, Bangkok, Thailand ketiga,Paris, Perancis dikedudukan keempat, New York, Amerika Syarikat  kelima, Mumbai, India  keenam, Zurich, Swistzerland ketujuh, Cairo, Mesir  kelapan, Shanghai, China kesembilan dan Moscow, Rusia kesepuluh.

Antara indukator yang digunakan adalah sikap pemandu di negara-negara berkenaan yang dikatakan suka mengambil kesempatan, tidak bertimbang rasa dengan penumpang selain kenderaan mereka yang berada dalam kondisisi buruk dan lama.

‎"Kebanyakan cuba mengaut keuntungan daripada penumpang, selain teksi yang tidak selamat, misalnya di Mumbai teksinya kebanyakan tidak mempunyai tali pinggang keledar," petik kenyataan laman web tersebut. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment