Pascal (gambar), dalam satu temu bual
dengan Sarawak Report yang disiarkan hari ini, berkata walaupun
penembak bapanya ditangkap tetapi mendakwa dalang pembunuhan itu dibiar
melarikan diri.
Pascal (gambar) juga menolak spekulasi bahawa bapanya dibunuh kerana membantu sebuah kuil menghalang tanahnya diambil untuk pembangunan.
"Beliau tiada kaitan dengan kuil itu. Mengapa bunuh seseorang kerana sebab itu?" Pascal dipetik sebagai berkata.
Sebaliknya, Pascal percaya bahawa kematian bapanya ada berkaitan dengan rasuah dan pelakunya yang telah lari meninggal negara ini.
"Saya tidak ada penjelasan atas pembunuhannya kecuali rasuah di bank dan dalang dibiarkan melarikan diri melalui Sydney," Pascal dipetik sebagai berkata.
Pascal mendakwa bahawa pihak Malaysia tidak membuat susulan melalui Interpol.
"Dia rakyat Malaysia, dia menaiki penerbangan ke Sydney walaupun dia menjadi suspeknya," Pascal dipetik sebagai berkata.
Pihak Australia, dakwanya, menyusuli dalang itu ke Shanghai, tetapi mendakwa Malaysia tidak mencarinya.
Hussain ditembak mati pada 29 Julai 2013 pada jarak dekat di tempat letak kereta selepas meninggalkan sebuah kuil Cina di Lorong Ceylon. - Mkini

No comments:
Post a Comment