08 July 2015

Dr M pada Najib: Tunjuk pada kita akaun bank anda

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak boleh menangani segala dakwaan kontroversi bahawa beliau telah mengambil AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana kerajaan, dengan hanya perlu menunjukkan akaun banknya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Apabila orang buat dakwaan terhadapnya tentang sesuatu, beliau berkata ia adalah satu komplot, karut, ia tidak benar.

"Buktikan bahawa ia tidak benar. Sangat mudah untuk beliau membuktikan ia tidak benar.

"Beliau mempunyai akaun-akaun bank, apa yang beliau perlu buat ialah berkata: 'Anda periksa akaun saya, anda lihatlah," kata Dr Mahathir dalam temu bual dengan BBC UK yang disiarkan hari ini.

Jumaat lalu, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan dakwaan bahawa AS$700 juta dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib di Ambank.

Najib telah menafikan bahawa beliau telah mengambil dana kerajaan untuk kepentingan peribadi dan menuduh Mahathir "bekerjasama" dengan pihak asing untuk mewujudkan satu krisis politik.

Beliau juga menuduh Mahathir mahu menjatuhkannya kerana beliau tidak memenuhi kehendak bekas perdana menteri itu.

Bagaimanapun, Mahathir berkata penafian semata-mata adalah tidak mencukupi.

"... Anda kata anda menafikannya, tapi marilah kita tengok akaun-akaun tu," katanya. - Mkini

No comments:

Post a Comment