26 July 2015

'Kena ingat bai'ah itu janji dengan ALLAH'


SHAH ALAM - Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengingatkan Adun dan Ahli Parlimen daripada parti itu, agar tidak melanggar bai’ah yang pernah dibuat mereka semasa bersama Pas.

Muhammad Zawawi berkata, apabila wakil rakyat melafazkan bai’ah mereka berjanji dengan nama ALLAH. Justeru katanya, jika pelanggaran dibuat maka padah yang diterima amat besar.
“Kepada sesiapa yang hendak bertanding atas nama Pas dia mesti berjanji di hadapan saf kepimpinan.

“….Mereka berbai’ah  janji dengan ALLAH jadi jangan sesekali mereka ini langgar bai’ah (perjanjian) ini kerana besar padahnya, dalam sejarah Islam ini tiada siapa yang selamat (orang yang melanggar bai’ah ini ).
"Dia kena ingat, dia berbai’ah berjanji itu terikat hukum dengan ALLAH kalau dia mengkhianati apa semua sekali dia akan dilaknat oleh ALLAH, malaikat sekalian… orang beriman,” katanya kepada Sinar Online.

Mengulas lanjut, Nik Zawawi berkata  dalam sejarah perjuangan Pas, orang yang cuba keluar parti mereka telah mengalami kesukaran di dunia lagi.

Saya boleh tengok macam mana kedudukan mereka seperti tidak dihormati. Kadang-kala individu ini berdepan kesusahan.

“Ini kerana bila mereka langgar perjanjian, segala mahluk yang boleh melaknat, akan melaknat....termasuk ALLAH dan para malaikat. Lebih daripada itu di hari akhirat kelak pelanggaran itu adalah satu perkara yang besar,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Muhammad Zawawi berkata, mana-mana wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan parti lain adalah haram bagi mereka menikmati gaji dan elaun mereka kerana kerusi yang dimenangi adalah berdasarkan tiket Pas.

Ini kerana katanya, semua wakil rakyat dan calon yang dipilih bertanding dalam pilihan raya sudah berikrar untuk setia dalam perjuangan dan tidak khianat kepada parti.

“Hasil kewangan yang mereka peroleh daripada tiket Pas adalah haram bagi dia, dan ahli Pas tidak akan reda sama sekali dia makan walau lima sen daripada harta yang dia peroleh dari atas nama Pas,” katanya.

Kenyataan sama turut dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang berkata, wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan Harapan Baru haram menikmati gaji dan elaun masing-masing selepas mereka tekad dengan keputusan itu.

"Saya menasihatkan pihak yang berbai'ah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak bai'ah itu kerana mereka berbai'ah dengan ALLAH.

"Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan ALLAH. Lebih-lebih lagi dalam bai'ah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku pelanggaran bai'ah," beliau dipetik sebagai berkata. - SH

PAS yang mengkhianati rakyat dan sudah jelas PAS sudah tidak lagi dihormati. Nampak tanda siapa yang langgar bai'ah.

7 comments:

  1. dah..dah la tu sibuk dengan baiah...talak...makan duit elaun haram......woi ahli politik....yb......ramai lagi rakyat miskin...gst...kenaikkan harga barang,tol,minyak...1mdb yg bakal meruntuhkkn ekonomi negara.......apa yg ahli yb pas usahakan??? kami undi sbb nak kamu semua perjuangkn hakk2 kami di parlimen bukannya ponteng masa bersidang....itu x dikira makan elaun haram ke??? so far x nampak sorang pun ulamak2 pas yg kedepan memperjuangkan apa yg saya sebutkn diatas....

    ReplyDelete
  2. PAS yg dibawah kepimpinan sekarang makin teruk. Mereka patut berpandangan kedepan bukan kebelakang. Nampaknya kepimpinan yg ada lebih cenderung memencilkan diri...bersendirian. malah sudah pandai menyebut...melayu..islam...senada dgn Hassan Ali dan umno.

    ReplyDelete
  3. Pemimpin PAS sendiri yang khianat pada ahli. Yang menggelarkan ahli dengan gelaran buruk yang mengaibkan. Yang menghalau ahli supata keluar parti. Yang ponteng sidang parlimen. Yang diam menikus dalam parlimen. Yang menghina pemimpin pakatan lain. Banyak lagi khianatnya pemimpin PAS pada ahli dan pengundi. Sekarang mau sembang bab bai'ah...sedar atau tidak...mengapa ramai kini yang tidak hormat ustaz atau ulamak PAS? mengapa ramai pertikai dan mengutuk ustaz2 PAS? Sebabnya ustaz @ pemimpin PAS sendiri khianati ahli dan dengan sendiri langgar bai'ah...dengan kesanya seperti apa yang dilihat sekarang. PAS ni bukan agama...hanyalah parti politik dan gunakan Quran untuk kepentingan diri pemimpin bila tersepit dan gabra! UMNO yang dulunya di gelar kafir dan toghut pun tidak sebegini teruk dalam pertahankan kuasa atau perjuangan. Pemimpin PAS pun suka buat fitnah dan pertahankan perasuah sebagai pemkmpin Malaysia! Apa punya ulamak?

    ReplyDelete
  4. heran sungguh dengan lebai pas ni. bukan kah mereka juga ada allah mereka sendiri. dah tentu mereka juga akan memohon kebaikan dan keselamatan dari allah atas segala perbuatan mereka jadi tak perlu nak berniat jahat sesama manusia. seolah2 lebai2 pas lah yang menentukan selamat atau tak selamatnya seseorang itu. sedari lah lebai pas bukan lah penentu sesorang itu akan selamat ke tidak.

    lebai2 pas ni ingat tuhan hanya dengar cakap lebai2 pas sj je ke? sedai lah orang islam sekarang ni tengah berdoa pada allah agar dijauhkan dari lebai2 pas yang mcm ni. lebai2 pas satu sen pun tak guna, kerana lebai2 pas akan hanya merosakkan aqidah org islam. peh!!!

    dah bengong lebai2 pas ni.jika begini lah akhlak dan ilmu lebai2 pas, jelas sekali tak ada kebaikan diperolehi untuk berada dalam jemaah pas. nak lalu depan lebai2 pas pun tak kesior. takut badi sial terpalit sama. moga allah hancurkan saja jemaah dan lebai2 pas ni..

    ReplyDelete
  5. SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
    2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
    4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
    6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
    7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
    8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
    13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    ReplyDelete
  6. Agaknya lebai2 pas ni dah sasau ke? Apa org yg mengaji agama aje ke masuk syurga? Org lain macam doktor, peguam, peniaga, buruh, petani dll tak masuk syurga sebab tak jadi ustaz? Kolot sungguh pemikiran org yg belajar agama tetapi ilmu dunia diabaikan. Apa yg penting penghayatan Islam itu dlm diri setiap org tak kiralah apa perkerjaan sekalipun asalkan halal.

    Jgn terlalu merasakan dirinya saje yg betul & suci, kelak tertipu dg tipu daya syaitan yg halus iaitu ujub pd diri dgn ilmu agama tetapi penghayatannya hancus. Cakap lain buat lain, mana akhlak sebagai pewaris nabi?

    ReplyDelete
  7. PAS dibawah TGHH sekarang ni dah mabuk pil kuda kot. Asyik nak bagi nya aja padaUmno/BN. Dlm PRU-13 lalu, sanggup memfitnah rakan PAKATAN dan meletakkan calun mereka sendiri utk laean 3 penjuru. Masa krisus menteri besar Selangor, sanggup jadi BARUA, membesarkan lagi polimik dgn tidak menyokong rakan PAKARAN. Dlm muktamar, pemimpin2 mereka sanggup mengutuk dan menghina rakan PAKATAN dan ahli2 yg menyokong PAKATAN. Kerana gula2 UMNO, pemimpin2 meteka sanggupmembelakangi rakan dlm PAKATAN utk berbincang mengenai hudud...sanggup membuang rakan demi ucapan manis mulut pemimpin2 Umno. Ada pula dikalangan pemimpin2 meteka sanggup menyebut.."merwka berpolitik bukan tujuan utk ke Puterajaya"

    Kah...kah...kah

    Tak ka BENGONG namanya pemimpin2 PAS yg ada kini.

    ReplyDelete