Politik kepartian boleh menjadi begitu hodoh jika cagaran untuk kemenangan sesebuah kumpulan itu adalah rumahtangga.
Mufti Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berpolitik
sepatutnya dibangunkan untuk membina masyarakat dan negara yang lebih
baik.
Dengan 'mainan' politik kepartian, kata bekas pensyarah Universiti Sains
Malaysia itu, seseorang isteri kononnya boleh tertalak tiga gara-gara
tindakan si suami.
"Justeru, teraniayalah isteri dan anak-anak di rumah hanya kerana perbuatan si suami dalam parti," katanya.
Kenyataan umum itu dibuat Mohd Asri dipercayai mengulas polemik antara kumpulan dalam PAS ketika ini yang berselisih pendapat mengenai bai'ah dilafaz wakil rakyat parti berkenaan.
Sesetengah bai'ah itu dikatakan turut 'mencagarkan' isteri seseorang calon pilihan raya apabila ia dikaitkan dengan talak.
PAS dikatakan mewajibkan semua bakal calon melafazkan ikrar itu sebelum dinamakan dalam mana-mana pilihan raya.
Semalam Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU), Fathul Bari Jahaya turut memberikan pandangan mengenai isu berkenaan.
PAS kini bergolak apabila kumpulan progresif - termasuk di kalangan
wakil rakyatnya - sedang dalam usaha menubuhkan gerakan baru selepas
mereka 'dikorbankan' dalam pemilihan parti awal Jun lalu.
Secara umum, kata Mohd Asri, beliau bersetuju dengan pandangan ulama
silam, Syeikh Ibn Taimiyyah bahawa seseorang yang melafazkan taklik
tanpa niat sebaliknya sekadar untuk meyakinkan atau menakut-nakutkan,
talak tidak terjatuh apabila ikrar itu dilanggar.
Bagaimanapun jika taklik itu dilafazkan dengan disertakan hasrat
mentalakkan isterinya jika sumpah dilanggar "kerana malu ataupun
kecewa", maka talaknya jatuh.
- Mkini
kah kah kah!
ReplyDeletenak tergelak bila si Asri ni mengulas .... silap-silap terketut aku dibuatnya.
banyak sangat ulasan beliau ... campur itu, campur ini ... sampai kita pun tak tahu apa kerja si Asri ini.
kalau si Asri duduk bawah ketiak UMNO, ada hati pula beliau nak ulas politik parti lain.
semua orang maklum dan tahu, siapa yang lantik si Asri ke jawatan sekarang. Pemayungnya adalah si Sahidan Kasim, orang terkuat UMNO di Perlis. Atas sebab itulah semua benda yang di benci oleh si pemayungnya, beliau turut membencinya dan benda yang disukai oleh si pemayungnya, maka beliau akan bingkas bangun menyukainya.
Peranannya sama seperti peranan Dr. Burhami, seorang sheikh Salafi Mesir yang memimpin parti an-Nur Mesir yang menjadi pendokong As-Sisi menggulingkan ikhwan al- Muslimin.
Dr MAZA sekurang-kurangnya tidak berselindung. Tapi kamu bersembunyi dibelakang nama palsu. Ostadcakarsyaitan...hehehe
Deletekah kah kah
Deletetak berselindung apa pula?. Bukankah pelindungnya orang kuat dari langit yang menganggotai "ahli punah wa rasuah".
Hujah dr maza tidak berat pada mana mana parti
DeleteUstad kpala bana hapa ni..tuduh dr MAZA ada pelindung..sekurang2nya dr MAZA kritik semua tak kira parti.Mufti lain takdenya nak kritik bab2 macam ni.Ini jenis yg semua org buat tak betul ..dia je yg betul..
ReplyDelete