Dua pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai
langkah protes selepas mengetahui dana berni;lai AS$700 juta (RM2.6
bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat
lain pada 2009.
Maklumat itu, lapor The Star, diperoleh daripada penyiasat yang meneliti dakwaan salah laku terhadap dana 1MDB.
Laporan itu juga menyebut Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan
Mohd Zainol membuat keputusan meletak jawatan kerana marah apabila
tuntutan mereka supaya wang berkenaan diserah semula, diabaikan.
"Ahli lembaga pengarah tidak berpuas hati apabila perjanjian
ditandatangani tanpa banyak pertimbangan dan AS$700 bilion (RM2.6
bilion) yang diperuntukkan bagi projek kerjasama dipindahkan ke syarikat
lain tanpa kebenaran mereka," lapor akhbar itu.
Tidak dapat dipastikan pihak mana yang mengetepikan Ahli Lembaga
Pengarah 1MDB untuk melakukan pindahan berkenaan serta enggan mengikut
arahan supaya wang terbabit dipulangkan. - Mkini
No comments:
Post a Comment