LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

11 June 2015

Tiada sebab nak masuk parti lain

Admin | 8:36 AM |
KUALA LUMPUR - Khabar angin yang mengatakan bahawa terdapat bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang tewas dalam pemilihan muktamar lalu akan menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) disangkal individu berkenaan.


Antaranya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang berkata, beliau sama sekali tidak pernah terfikir untuk menyertai Pasma buat masa ini.

"Setakat ini tak ada sebab untuk saya fikir masuk ke parti lain, lagipun Pasma itu NGO, kita adalah parti politik.

"Saya nak lihat dulu apa yang pimpinan baru ni nak buat, tentang saya masuk ke parti lain, kita tunggu dan lihat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Sementara itu, seorang lagi yang namanya turut disebut akan menyertai NGO itu, Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata, beliau tidak berhasrat untuk meninggalkan Pas.

 "Saya bukan apa, saya masih ragu-ragu dengan kredibiliti Pasma untuk menjadi sebuah parti politik, sebab itu saya tidak akan menyertai NGO itu sekiranya mereka bertindak untuk menjadi parti politik,” ujar beliau.

Terdahulu, Presiden Pasma, Datuk Pahrolrazi Mohd Zawawi berkata, pihaknya akan membincangkan sama ada ingin kekal menjadi NGO atau berubah kepada sebuah parti politik Sabtu ini. - SH

No comments :

Post a Comment