KUALA LUMPUR 1 JUN: Mohd Saiful Bukhari Azlan menarik balik saman
fitnah RM50 juta terhadap Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim,
yang kini ditahan di penjara sebagai tahanan politik.
Peguam
Anwar, Latheefa Koya bersama Shahid Adli Kamaruddin berkata, perkara
itu disampaikan peguam Saiful, Zamri Idrus kepada Hakim Mahkamah Tinggi,
Azizul Azmi Adnan semasa pengurusan kes pagi ini.
“Tiada sebab diberikan bagi penarikan balik itu. Hakim kemudiannya membatalkan saman itu,” katanya, seperti dilapor The Malaysian Insider.
Latheefa berkata, penarikan semula saman itu oleh Saiful lebih
membuktikan Anwar sebenarnya tidak bersalah atas tuduhan liwat terhadap
bekas pembantunya itu pada 2008. - KeadilanDaily
No comments:
Post a Comment