KUALA LUMPUR: Pengerusi, Pertubuhan Sukarelawan
Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat menyatakan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sememangnya berhasrat untuk
hadir pada acara Dialog PM Bersama NGO pada pagi ini tetapi
membatalkannya selepas dimaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Perdana Menteri sebenarnya baru hendak keluar dari rumah untuk
datang ke acara ini tetapi diberitahu polis mengenai acara berkenaan
dibatalkan," katanya di Pusat Dagangan dunia Putra (PWTC) di sini, hari
ini.
Difahamkan, PDRM mengambil langkah membatalkan acara berkenaan untuk
mengelak sebarang bentuk provokasi yang boleh mengancam keselamatan
orang ramai khususnya mereka yang hadir pada acara berkenaan. - mD
No comments:
Post a Comment