19 June 2015

Dr Mahathir ‘disekat’ orang ramai di bazar Ramadan Kampung Baru

Kunjungan Tun Dr Mahathir Mohamad ke bazar Ramadan Kampung Baru di sini pada hari pertama berpuasa hari ini "disekat" orang ramai.

Namun jangan disalah sangka, bekas perdana menteri hanyalah disekat orang ramai yang mahu berselfie dan beramah mesra.

Beliau yang tiba kira-kira jam 5.30 petang menghabiskan masa 45 minit berjalan di sepanjang 300 meter Jalan Raja Alang yang merupakan antara kawasan menempatkan gerai jualan bazar Ramadan Kampung Baru ini.


Berkemeja putih, beliau yang kini berusia 89 tahun dilihat sentiasa senyum dan tidak letih melayan kerenah orang ramai yang memohon untuk bersalam dan bergambar dengannya. – Bernama

No comments:

Post a Comment