Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
menggesa PAS mengkaji semula keputusan muktamar parti Islam itu untuk
memutuskan hubungan dengan DAP.
Bekas timbalan perdana menteri itu menyatakan rasa kesal dan bimbang
kerana keputusan tersebut akan menjejaskan kerjasama dalam Pakatan
Rakyat.
“Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah
diterima di Muktamar PAS. Saya gesa rakan politik kami PAS untuk
mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas, dan agar
ia tidak dilaksana pada ketika ini.
“DAP yang telah lama menjadi teman dan rakan seperjuangan, terus komited dengan perjuangan untuk membawa perubahan,” katanya.
“Saya juga tahu yang DAP bersama kami dalam usaha memastikan Pakatan
Rakyat terus utuh dan menjadi pilihan alternatif rakyat,” katanya dalam
satu kenyataan.
Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara mengirim kenyataan
tersebut melalui anggota biro politik PKR, N Surendran yang juga MP
Padang Serai.
Pesanan sama turut dikirim kepada pemimpin utama PAS dan DAP, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang, katanya.
Bekas MP Permatang Pauh itu juga berkata, PAS perlu menilai harapan
penyokong Pakatan yang berharap agar gabungan parti itu akan dapat
menyelesaikan masalah politik dan ekonomi bawah BN.
“Di bawah BN, keadaan semakin teruk. Rakyat terbelenggu dengan GST dan
hutang mahabesar 1MDB; manakala polemik perkauman dan agama masih belum
reda,” katanya. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment