06 May 2015

Rompin: BN hilang hampir separuh majoriti

BN berjaya mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Rompin dengan majoriti berkurangan sebanyak 41 peratus atau 6,219 undi.


Calon BN Datuk Hasan Arifin mendapat 23,796 undi mengalahkan calon PAS Nazri Ahmad yang mendapat 14,901.

Majoriti dimenangi kali ini hanya sebanyak 8,895 undi berbanding 15,114 dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam pilihan raya umum 2013 calon BN ketika itu, Tan Sri Jamaluddin Jarjis memperoleh 30,040 berbanding calon PAS, Nuridah Salleh 14,926.

Bagaimanapun peratusan keluar mengundi dipercayai menyumbang kepada keputusan hari ini.

Dalam PRU ke-13, 85.89 peratus daripada keseluruhan 53,596 pengundi berdaftar keluar mengundi, manakala hari ini ialah kira-kira 74 peratus (39,437 undi).

Dua isu

Ada dua isu besar mendominasi kempen pilihan raya umum ini, iaitu hudud dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pada masa sama, BN bersungguh-sungguh mahu menunjukkan prestasi terbaiknya ketika kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak berdepan kritikan pedas dan berterusan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad serta penyokongnya.

Sementara itu satu sumber menyatakan ada satu pusat pembuangan undi 100 peratus Melayu menunjukkan perubahan drastik kali ini.

Katanya, pada pilihan raya umum lalu pusat pembuangan undi Pianggu memihak kepada BN namun keadaan bertukar menjadi sebaliknya pada hari ini.

Bagaimanapun setakat ini belum dapat dipastikan berapa jumlah undi diperoleh kedua-dua calon. - Mkini

1 comment:

  1. Rakyat pun sudah tiada mood ingin ambil tahu pasal pilihraya. Rakyat tahu kekuatan BN yang glomour dengan "RASUAH" waktu2 akhir sebelum mengundi.

    Kalau dilihat purata pengundi BN masih menang besar sebab peratusan pengundi menurun. Ditambah dengan perangai2 ahli2 PAS yg tiada hala tuju dalam kerjasama untuk menumpu sepenuh dalam piiharaya dan lebih banyak mengomel tentang masalah dalaman parti dan hudud.
    Tidak kita terfikir kenapa umno tiba2 saja menyokong hudud?
    Permatang pauh kalah atau menang pun rakyat tak ambil kisah atas sebab POLITIK PAS yang tidak ada pendirian soal kerjasama dlm PR untuk menumpukan sepenuh pada perkara yang penting.

    ReplyDelete