WAJAH Presiden Indonesia, Joko Widowo atau Jokowi
menghiasi muka hadapan akhbar-akhbar di Australia selepas mahkamah
Indonesia menjatuhkan hukuman mati ke atas pesalah dadah, kumpulan Bali
Nine, semalam di Cilacap, Jawa Tengah.
Daripada sembilan pesalah itu, dua daripadanya, Andrew Chan dan Myuran
Sukumaran adalah warga Australia manakala hukuman seorang pesalah warga
Filipina, Marry Jane Veloso ditangguh selepas seorang individu mengaku
menjadikannya sebagai keldai dadah.
Media berpengaruh di Australia, The Courier Mail, menampilkan foto
Jokowi dengan tangan berlumuran darah sebagai simbol pasca pelaksanaan
hukuman mati tersebut.
Kecaman terhadap Jokowi turut dilemparkan oleh beberapa artis band rock seperti Napalm Death, Black Sabbath dan Guns N' Roses.
Dalam satu temubual, Jokowi berkata, hukuman itu sesuai dengan
kesalahan mereka jika ingin dibandingkan dengan jumlah kematian rakyat
negara itu akibat dadah.
Menurutnya, kira-kira 50 rakyatnya mati dalam sehari atau 18 ribu maut dalam setahun akibat dadah.
Sementara itu, Australia memanggil balik kedutaannya di Indonesia sejurus hukuman itu dilaksanakan.
Perdana Menteri Tony Abbott berkata, tindakan itu dibuat untuk satu
rundingan selepas mayat dua rakyatnya dikembalikan kepada keluarga
masing-masing.
No comments:
Post a Comment