15 May 2015

Dua individu diculik di Sandakan

SANDAKAN - Seorang wanita rakan kongsi dan seorang pelanggan lelaki disyaki dilarikan oleh empat lelaki dari sebuah restoran atas air di sini, semalam.

Pengurus Restoran Ocean King, Chung Yung Tim, berkata rakan kongsi restoran tersebut ialah adik iparnya, Thien Nyuk Fun, 50 dan pelanggan restoran, Bernard Ghen Ted Fen berusia 36 tahun.


Dalam kejadian pukul 8 malam itu, katanya, empat lelaki berpakaian celoreng dengan dua daripada mereka bersenjata api tiba-tiba masuk ke restoran dengan menaiki tangga di tepi restoran itu.

Melihat kehadiran kumpulan itu, beliau bersama-sama pekerja dan beberapa pelanggan berjaya melarikan diri, katanya ketika ditemui di luar restoran itu.
Yung Tim berkata, selepas kumpulan lelaki itu beredar, beliau mendapat adik iparnya dan seorang pelanggan yang berada bersamanya sebelum itu dilarikan oleh kumpulan itu.

Restoran itu antara yang terkenal dengan makanan laut di bandar Sandakan dan terletak di Pasir Putih di Jalan Bokara.

Bangunan restoran terletak di atas air dan hanya terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Sandakan.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi melalui Whatsapp berkata pihaknya masih menunggu laporan berkenaan kejadian itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment