Tiga pegawai kanan Tabung Haji dikesan terlibat
langsung dengan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd
(1MDB) yang terpalit kontroversi berkaitan beban hutang.
Ia sekali gus membangkitkan persoalan berhubung konflik kepentingan dalam urus niaga antara dua badan itu.
Semalam, Tabung Haji mengakui mendapatkan sebidang tanah di tapak Tun
Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB dengan jumlah RM188 juta.
Perkara itu menimbulkan kontroversi kerana 1MDB mendapatkan tanah untuk
projek itu daripada kerajaan persekutuan dengan harga jauh lebih murah
berbanding nilai pasaran.
Susulan itu, pemimpin Umno Datuk Saifuddin Abdullah dan Pemuda Umno
sendiri membangkitkan persoalan berkaitan konflik kepentingan dalam isu
itu.
Tan Sri Ismee Ismail
Pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Tabung Haji ini turut berada dalam lembaga 1MDB.
Datuk Johan Abdullah
Timbalan pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Tabung
Haji turut mempengerusikan anak syarikat 1MDB Edra Global Energy Sdn
Bhd.
Edra memiliki aset tenaga Powertek (sebelum ini Tanjong Energy), Genting Sanyen dan Jimah.
Datuk Abdul Samad Alias
Abdul Samad terlibat dalam panel pelaburan Tabung Haji. Beliau turut
berada dalam lembaga 1MDB yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak.
- Mkini
No comments:
Post a Comment