11 March 2015

Elfira Loy, Zulin Aziz kini berhijab

SELEPAS Hanis Zalikha dan Rozita Che Wan berhijab, kini pelakon, pengacara Elfira Loy dan Zulin Aziz pula mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

Memetik laporan sebuah portal, Elfira nekad bertudung semasa menyambut kelahirannya yang ke 21 tahun 8 Mac lalu sebagai simbolik seperti kelahiran semula.

"Jika ada anggap angka 21 itu sebagai kunci kebebasan dan bagi saya pula adalah sebaliknya.


"Ia jadi kunci untuk saya terus memperbaiki dan mengubah diri. Insya-ALLAH menjadi lebih baik daripada hari sebelumnya," katanya.

Sementara itu, memetik laporan Media Hiburan, bekas pengacara Melodi, Zulin Aziz mengambil keputusan untuk bertudung adalah bukan atas kehendak orang lain atau trend semasa tetapi ia lebih kepada tuntutan agama.

"Betul saya kini telah berhijab. Tidak ada sebab tertentu cuma ia atas kesedaran diri sendiri. Lagi pula apabila sudah berhijab pada saya ia bukan halangan untuk meneruskan kerjaya seni. Tinggal lagi cara kita untuk menjaga perilaku diri,” katanya. - SH

1 comment:

  1. ....


    UMNO Makin BUSUK - 5 Pemimipin Kanan PR Juga Akan DiPENJARA?

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<



    Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskan Dan Pembunuh Antartuya DiTANGKAP!!

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<



    UMNO Parti Penjara - Anak Muda Makin Sayang PAS, PKR, DAP..

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<

    ReplyDelete