08 March 2015

Benji Ditahan Lagi

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki popular televisyen ditahan bersama sepasang penagih dadah di sebuah hotel bajet di Jalan Yap Ah Shak, di sini pada malam Khamis.

Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy ditahan bersama 15 gram methamphetamina oleh pasukan narkotik polis  dan direman hingga Ahad.

Ini adalah kali ketiga dia ditahan kerana memiliki dadah.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenauah Narkotik di sini, Superitendan Adnan Azizon berkata, serbuan dihotel berkenaan dilakukan pada 9.30 malam Khamis.
Operasi dilancarkan selepas mendapat maklumat berlakunya aktiviti pelik di bilik hotel berkenaan.

"Pelakon lelaki itu ditemui dalam bilik hotel bersama seorang wanita dan lelaki berusia antara 26 dan 37 tahun.

"Ketiga-tiga disahkan positif dadah, selain menemui paket kecil mengandungi bahan dipercayai syabu," katanya.

Selain itu, katanya, pihak polis juga merampas pistol angin dan beberapa bebuli besi di bilik hotel itu. - Mstar

No comments:

Post a Comment