Satira melibatkan pembaca berita radio perniagaan BFM berkaitan isu hudud di Kelantan akan disiasat sama ada ia menghina agama.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Aisyah Tajudin akan disiasat bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
Khalid (kanan) berkata demikian dalam sebuah acara polis di Dataran Putrajaya pagi ini.
Katanya, tidak kurang daripada lima laporan polis dibuat dalam isu itu oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan video itu.
Khalid juga berkata akan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri Datuk
Seri Zahid Hamidi berkaitan tindakan tegas terhadap pihak memainkan isu
sensitif.
Selain Aishah, pihak yang mengugut bertindak ganas terhadapnya juga
turut disiasat susulan penyiaran satira di laman web BFM itu. - Mkini
No comments:
Post a Comment