14 February 2015

IS tangkap pengintip Israel

Ibu Musallam memegang gambar anaknya yang didakwa ditahan IS.
DAMSYIK - SYRIA . Kumpulan militan Negara Islam (IS) mendakwa telah menangkap seorang lelaki yang mengintip untuk agensi perisikan Israel, Mossad.

Menurut laporan sebuah majalah yang kononnya diterbitkan kumpulan terbabit, militan Takfiri menahan Muhammad Musallam, 19, yang menyertai IS di Syria dengan niat mengintip senjata dan pangkalan kumpulan itu.


Isu terbaharu majalah Dabiq itu turut memetik kata-kata Musallam yang menyebut, jika ada yang ingin mengintip IS, jangan fikir bahawa anda begitu pintar dan anda boleh menipu kumpulan itu.

Bagaimanapun, dakwaan IS dinafikan bapa Musallam yang memberitahu anaknya itu hilang selepas pergi ke Turki pada 24 Oktober tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, IS menculik 29 orang daripada suku kaum al-Ubaid dari kawasan utara bandar Tikrit, kira-kira 140 kilometer dari barat laut ibu negara Baghdad. - AP

No comments:

Post a Comment