09 February 2015

Hanipa Maidin dipukul dalam mesyuarat PAS, kata sumber

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dikatakan 'diserang' beberapa pemimpin PAS selepas beliau mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada mesyuarat parti Islam itu semalam.
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dipukul dua kali di belakang oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam kekecohan yang berlaku semasa mesyuarat parti Islam itu semalam, menurut sumber parti.

Sumber itu memberitahu, sehari selepas kejadian itu, Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang, masih terasa sakit kesan pukulan tangan itu.



Segalanya bermula apabila Hanipa bertanya kepada pengerusi mesyuarat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai tindakan parti terhadap pihak yang berdemonstrasi dan membuat pelbagai tuduhan terhadap Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Sumber mengatakan, selepas Hadi menjawab beliau tidak tahu mengenai kejadian yang berlaku di luar ibu pejabat PAS semalam, Hanipa berkata: "Inilah masalahnya apabila presiden lemah dan tidak menjadi presiden kepada semua."

Kenyataan Hanipa menyebabkan para penyokong presiden termasuk Dr Zuhdi Marzuki, Dr Ridzuan Mohd Nor dan Nasrudin Hassan marah lalu menuntutnya menarik balik dan meminta maaf, kata sumber.

Sumber memberitahu, Zuhdi dikatakan menepuk meja dengan kuat kerana marah kepada Hanipa.

Selepas itulah, Razman dikatakan pergi ke arah Hanipa dan memukul belakangnya sebanyak dua kali, kata sumber.

AJK Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang juga pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat dan ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, kemudiannya dikatakan meminta Zuhdi keluar meninggalkan mesyuarat itu.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya dua pengguna media sosial yang rapat dengan PAS yang menggunakan nama Penarik Beca dan Zulhazmi Shariff, calon Ketua Pemuda PAS dalam muktamar lepas, menulis mengenai kejadian tersebut dalam laman Facebook dan blog mereka.

Semalam, sekumpulan ahli PAS berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, menuduh Dr Hatta, yang merupakan pengarah pilihan raya, sebagai dalang usaha menggulingkan Hadi.

Kumpulan diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta meletak jawatan kerana cuba menggulingkan presiden.

Dengan menaikkan tulisan "Pecat Hatta dan konco-konco" dan "Kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat semalam. - TMI

2 comments:

  1. Macam perkasa dah.......dah lama dah.....elok lah hadi undur terus......jadi nelayang je!

    ReplyDelete
  2. yang komen2 ada dlm meeting tu ke? berapa lama dalm pas? ke komen berdasarkan tajuk atau ulasan blog je?

    ReplyDelete