15 February 2015

26 korban pertempuran di Yaman

SANAA - YAMAN. Sekurang-kurangnya 26 terkorban dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak Houthi dan militan Ansar al-Sharia di selatan wilayah al-Bayda.

Menurut laporan Press TV, sumber pihak berkuasa memaklumkan seramai 16 pemberontak Houthi turut terbunuh dalam kejadian tersebut.


Insiden itu berlaku beberapa hari selepas kumpulan militan tersebut melancarkan serangan ke atas kem Briged Infantri ke-19 di bandar Beihan, sekali gus menguasai pangkalan tentera di kawasan terbabit.

Dalam perkembangan lain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan mengikut jejak langkah Arab Saudi dan beberapa negara Barat lain untuk menutup kedutaan mereka susulan konflik yang semakin meruncing di negara tersebut.

Sebelum ini, Perancis, Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Itali telah membuat keputusan sama serta memanggil pulang kakitangan mereka selepas situasi agak tegang di Sanaa.

Tindakan tersebut turut menerima kritikan hebat daripada Houthi dan mereka menyifatkan ia sebagai langkah tidak wajar serta sengaja mahu memberi tekanan kepada penduduk Yaman. - SH

No comments:

Post a Comment