25 January 2015

MP PAS: Teliti dulu kebimbangan Hadi

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad berkata kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan sepatutnya diteliti terlebih dahulu.

Katanya, kebimbangan Hadi bahawa pilihan raya tersebut berpotensi menyebabkan ketegangan kaum tidak harus mencetus perbalahan terbuka.

Khalid turut menjawab mengenai kecurigaan NGO Gabungan Urus Tadbir Baik (CGG) bahawa PAS menjadi punca di sebalik kegagalan melaksana pilihan raya itu di Selangor.

MP Shah Alam itu menjelaskan, masalah pelaksanaan itu berpunca daripada kebimbangan berhubung keseimbangan komposisi kaum di kalangan ahli majlis.


"Ia adalah satu perkara yang boleh diperhalusi dan tak perlu jadi perbalahan secara terbuka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Susulan itu, timbul cadangan antarabanya agar komposisi ahli majlis bandaraya Shah Alam terdiri daripada 12 orang yang dipilih dan 12 orang lagi yang dilantik.

"Ada juga cadangan agar pemilihan bukan atas nama individu, tetapi atas nama pasukan sehingga akhirnya pemilihan itu melibatkan semua kaum.

"Dengan cara ini dominasi sesuatu kaum itu tidak akan timbul," katanya.

Beliau seterusnya menolak andaian CGG bahawa Hadi menjadi dalang di sebalik masalah pelaksanaan pilihan raya tersebut.

"Andaian NGO itu tidak tepat," katanya.

Beliau turut menolak persepsi umum bahawa penentangan Hadi terhadap pemilihan itu merupakan timbal balas terhadap tindakan DAP yang menolak pelaksanaan hudud.

"Ini kerana dua perkara ini adalah dua perkara yang tak diterima sebagai rangka kerja dasar bersama di peringkat pusat," katanya. - Malaysia

2 comments:

  1. Tuan

    Soal kebimbangan TGHH seperti disuarakan oleh YB Khalid Samad tidak timbul langsung. Ini kerana pilihanraya kerajaan tenpatan tidak boleh dilaksanakan kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan kerajaan Pulau Pinang bulan Ogos 2014!!!!. Mahkamah juga mengatakan pilihanraya itu bertentangan dengan akta local government yg sedia ada.

    Yang patut dibimbangkan ialah apa tujuan dan motif TGHH dan Mustafa Ali membangkitkan isu yang xboleh dilaksana 4 bulan selepas keputusan penting Mahkamah Persekutuan itu?

    Yang lebih membuat kita menaruh syak bahawa tujuan TGHH dan Mustafa Ali adalah untuk mengeruhkan suasana dalam PR apabila TMI melaporkan kenyataan LGE bahawa keduanya dimaklumkan tentang rancangan kerajaan PP dalam isu sebelum ia mengemukakan kepada mahkamah.

    Yang lebih memeranjatkan, LGE memalumkan bahawa keduanya dimaklumkan tentang hasrat kerajaan PP membawa isu ini ke mahkamah! Keduanya tidak membantah malah memberi lampu hijau untuk membawa isu ini ke mahkamah.

    Rujukan link kenyataan LGE
    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/guan-eng-slams-dishonest-hadi-says-pas-leaders-consulted-over-local-polls-p

    ReplyDelete
  2. Tidak apa agenda DAP nak buat apa yang penting hukum hudud jangan dibenarkan

    Walaupun umur kanak2 ketika itu tapi dapat aku lihat gelagat kaum cina selepas memenangi pilihanraya itu. Selepas itu hubungan orang cina dan melayu tidak sama lagi. PAS mengambil pendekatan untuk duduk dalam BN tapi Madey keling busuk hati telah merosak lepercayaan dari PAS.

    Tak kiralah niat TGHH betul atau tak betul tapi tindak tanduk DAP derupa sebelum berlaku 13 mei.

    ReplyDelete