Abdul Khalid tetap sah MB jika gugur ahli PKR
SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih boleh mengekalkan
jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor walaupun digantung atau
digugurkan sebagai ahli PKR.
Penganalisis Perundangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia,
Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz berkata, tidak termaktub dalam amalan
demokrasi di negara ini individu yang digugurkan dalam parti tidak boleh
jadi menteri besar.
“Jika dilihat dari sudut perundangan, seseorang yang digantung atau
dipecat dalam parti tidak ada masalah untuk menjadi Menteri Besar
Selangor kerana beliau adalah Adun.
“Jadi tiada masalah jika Abdul Khalid enggan melepaskan jawatannya
kerana beliau masih mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan,”
katanya berhubung krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor.
Beliau berkata, sekiranya PKR nekad mahu Abdul Khalid melepaskan
jawatannya, ahli dalam dewan negeri perlu meluluskan usul atau membuat
undi tidak percaya.
“Kalau parti tidak gembira dengan Abdul Khalid, ahli dewan negeri boleh guna alternatif itu.
“Hanya cara ini saja boleh memecat Abdul Khalid dan perkara ini tidak sepatutnya dilengah-lengahkan oleh PKR,” katanya.
Menurutnya, segala serangan berbentuk politik yang PKR lakukan ketika
ini sebenarnya tidak sedikit pun menjejaskan Abdul Khalid kerana
tindakan tersebut tidak berkaitan dengan amalan perundangan negara ini.
“Kalau hendak menggunakan tekanan politik untuk Abdul Khalid
bersara...itu isu lain kerana perkara itu tiada kena mengena dengan isu
undang-undang,” katanya.
Jelas Sham Rahayu, jika Abdul Khalid meletakkan jawatannya secara sukarela maka peletakan jawatan itu sah di sisi perundangan. - SH
Mlyu memg tbal mukenye. D Negara lain brbeda pndirian pun ltak jwtn. Mlyu... parti tk suke pun dok trhegeh lg mnebal muka slamba... mne maruah diri?
ReplyDeletekalo Tan Sri Khalid aku meletakkan jawatan sbg MB maka itu brmakna mengiyakan sgala tuduhan serta serangan politik PKR ke atas beliau.. beliau sememangnye gentleman dlm mnjaga maruahnya.. yg trhegeh2 tu parti PKR..
ReplyDeleteAnwar maksum....segala video ke tuduhan ke kroni ke x terpakai kt dia...kt org laim..x ikut dia...brdosa..xnak hudud pun xper...
ReplyDeleteLebihkan rosmah kroni..lebihkan bini...demokrasi..pee'l amerika penaja pkr
ReplyDeleteMmg melayu muka tebal...laki presiden...bini timb presiden..anak naib presiden....
ReplyDelete