28 August 2014

PKR: PAS tak kisah pun 'paksa' sultan sebelum ini

PKR menolak hujah yang dikemukakan oleh PAS berhubung keputusan parti Islam itu untuk mengemukakan dua nama kepada istana bagi jawatan menteri besar Selangor.


Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata selepas pilihan raya umum lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bermasalah untuk hanya mengemukakan satu nama, walaupun sultan meminta empat nama.

PAS Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berhujah jika tidak mengemukakan lebih daripada satu nama seperti yang dititahkan baginda sultan, ia boleh ditafsirkan sebagai "memaksa" istana.

Mustafa juga menjelaskan bahawa keadaannya berbeza pada masa lalu kerana isu itu tidak diketahui umum seperti yang berlaku sekarang.

Mustafa berkata demikian dalam reaksinya terhadap rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya PAS berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencalonkan Wan Azizah. - Mkini

No comments:

Post a Comment