12 August 2014

Pelakon Robin Williams ditemui mati

Pemenang anugerah Oscar pelakon dan pelawak Robin Williams ditemui mati, disyaki membunuh diri, pada hari Isnin selepas akibat dilanda kemurungan.

Bintang Hollywood berusia 63 tahun itu, yang membintangi filem seperti "Good Will Hunting," "Good Morning Vietnam" dan "Mrs Doubtfire" ditemui mati di rumahnya di Tiburon, utara California, tidak lama sebelum tengah hari, demikian menurut satu kenyataan polis.

"Pada masa ini, Pejabat Bahagian Koroner Sheriff mengesyaki kematian itu kerana bunuh diri akibat asphyxia," kata kenyataan Jabatan Sheriff County Marin, lapor AFP.


Menurut laporan AFP, pelakon itu dikatakan mengalami kemurungan sebelum kematiannya.

"Pagi ini, saya kehilangan suami dan rakan karib, manakala dunia kehilangan salah seorang artis yang paling disayangi," kata isterinya Susan Schneider.

Susan merupakan isteri ketiga pelakon itu apabila pasangan itu berkahwin pada tahun 2011. - Mkini

No comments:

Post a Comment