JAKARTA: Miss Jakarta 2004, Rizka Ismalia Putri
Iskandar meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di jalan tol Kamal
di Jakarta Utara pada Khamis.
Ketua Unit Kemalangan di
subdirektorat penguatkuasaan undang-undang polis bandar raya, Miyanto
berkata Rizka, 31, dan suaminya, Aldico Juniarto sedang dalam perjalanan
dengan teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta untuk
menaiki penerbangan ke Malaysia.
"Pemandu teksi itu dikatakan
hilang tumpuan dan gagal mengawal kenderaannya," kata Miyanto seperti
yang dipetik Kompas.com pada Khamis.
Beliau berkata teksi itu
melanggar sebuah trak yang diletak di tepi jalan, kemudian melanggar
pula sebuah Honda CRV sebelum merempuh sekatan jalan konkrit.
Aldico dan pemandu teksi, Eko Yulianto terselamat dalam kemalangan itu dan dikejarkan ke Hospital Atmajaya di Pluit.
Seorang doktor dari Hospital Atmajaya, Andri P, berkata Eko kini
menjalani rawatan kerana kecederaan saraf tunjang yang teruk. - Astro
No comments:
Post a Comment