31 May 2014

Bekas tentera mahu dapat makanan percuma cedera ditikam di George Town

Seorang bekas tentera cedera ditikam ketika mahu mendapatkan makanan percuma di hadapan sebuah hotel bajet di Lebuh Cinta, George Town pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kejadian berlaku pukul 10.45 pagi setelah dikatakan berlaku pergelutan antara mangsa dengan penyerangnya.


Beliau berkata mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaanya dilaporkan stabil.
Sepasukan anggota Ops Payung yang sedang berada tidak jauh dari tempat kejadian kemudiannya menahan suspek yang berusia 34 tahun dan dia didapati mempunyai masalah mental, kata polis.

Polis turut merampas dua bilah pisau dari lelaki terbabit. Mior Faridalatrash berkata mangsa yang berumur 39 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap dilaporkan selalu mengambil makanan percuma yang disediakan sebuah pertubuhan kebajikan kepada golongan gelandangan. – Bernama, 31 Mei, 2014. - TMI

No comments:

Post a Comment