KAHERAH - MESIR. Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir mengumumkan Pilihan raya
Presiden Mesir akan diadakan pada 26 dan 27 Mei ini dan keputusan
pilihan raya itu dijangka diumumkan 5 Jun nanti.
Sekiranya tiada calon yang memenangi kerusi, pilihan raya itu akan
berlangsung untuk pusingan kedua dijadualkan 16 dan 17 Jun dan
keputusan akan diketahui pada 26 Jun.
Jurucakap suruhanjaya pilihan raya berkata, pendaftaran calon-calon
dilakukan pada 20 April dengan tempoh kempen selama 20 hari bermula 3
Mei.
Difahamkan, bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi dijangka menjadi calon utama dalam pilihan raya itu.
Bagaimanapun, beliau bakal mendapat tentangan daripada calon
pembangkang Hamdeen Sabbahi yang pernah ditewaskan Presiden digulingkan
Mohammed Mursi ketika pilihan raya 2012.
Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
bagaimanapun melahirkan kebimbangan terhadap pencalonan Al-Sisi di mana
akan berlaku pertempuran lebih besar dari kalangan rakyat yang menolak
bekas tentera untuk kembali mentadbir.
“Kami jangkakan proMursi dan gerakan Ikhwanul Muslimin akan bangkit menentang pencalonan itu,” katanya.
Sementara itu, Al-Sisi mula melakukan kempen pilihan raya dengan
menaiki basikal memasuki beberapa kawasan di Tagamu el-Khames di ibu
negara.
Beliau dilihat berbasikal bersama beberapa penyokongnya untuk meraih
undi dan berkempen secara senyap, laporan dipetik dari Al Arabiya. - SH
No comments:
Post a Comment