15 March 2014

Titik misteri dalam radar TUDM adalah pesawat MH370 - PM


KUALA LUMPUR: Titik misteri yang dikesan dalam radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sekitar ruang udara di utara Malaysia sebelum hilang disahkan sebagai pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu lalu.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengesahan pesawat tersebut dibuat berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh dari penyedia data servis satelit.

“Berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh, kami boleh mengesahkan disini bahawa pesawat tersebut adalah pesawat MH370 dan pengesahan ini dilakukan setelah hasil penelitian data-data dari pihak-pihak yang terlibat seperti FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia,” kata Najib dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang tadi.

Meskipun terdapat laporan media mengatakan bahawa pesawat tersebut dirampas, Najib menyatakan bahawa mereka menyiasat segala kemungkinan yang ada. - Astro Awani

No comments:

Post a Comment